Saturday 12 September 2015

Energizing Soy Protein (ESP) - Soy Isolate Protein. Kenapa Mesti Isolate Protein?

Dahulu, Energizing Soy Protein atau nama glamernya ialah ESP dikenali dengan nama Instant Protein. Ia diformulasikan oleh Dr. Forrest C. Shaklee sendiri pada tahun 1961. Maksudnya... ESP Shaklee dah pun berusia 54 tahun!

ESP sudah berusia 54 tahun!

Apa itu Instant Protein? 

Instant Protein ialah protein bersumberkan daripada kacang soya yang melalui proses isolate atau isolasi. Apa yang dimaksudkan dengan isolasi? Isolasi bermaksud pengasingan. Jika dalam konteks Instant Protein atau ESP, bermaksud soya itu melalui proses pengasingan (isolasi) untuk mendapat proteinnya dan juga nutrisi lain yang ada dalam soya tersebut. Kandungan soya lebih pekat kandungannya daripada soya biasa. Dan sudah tentu kandungan zat dan mineralnya juga lebih tinggi. Maka tidak hairanlah jika 1 tong ESP seberat 850 gram itu dihasilkan daripada 30 kg kacang soya! Rupanya ia dah pun melalui proses isolasi tadi. Subhanallah... Saya sendiri kagumi dengan kehebatan teknologi yang digunakan oleh Shaklee ni.


ESP telah melalui proses isolasi untuk mendapatkan kualiti soya yang diingini

Ok, sekarang dah tahu sedikit sejarah ESP Shaklee dan info ringkas mengenai Isolate Protein.

Kenapa perlu pilih protein yang sudah melalui proses isolasi berbanding dengan protein dari sumber biasa seperti daging, kekacang, telur dan sebagainya?

Jika kita nak makan sesuatu, sebolehnya kita nakkan penyerapan optimum. Betul? Kita nak beri sel kita makan, bukan sekadar nak mengenyangkan perut. Setuju?

Maka, kita memang memerlukan makanan yang mempunyai BV yang tinggi. Semakin tinggi BV maka semakin banyak penyerapan protein tadi masuk ke dalam sel kita.


Apa itu BV?

BV = Biological Value (BV) atau Bioavalability of Protein adalah skala ukuran yang menentukan berapa banyak atau berapa peratus protein yang betul-betul digunapakai oleh tubuh kita. Skala ni juga boleh difahami sebagai sejauh mana kepantasan sesebuah protein itu masuk ke dalam darah manusia, dihantar ke serata tubuh melalui sistem peredaran darah dan sekaligus digunakan oleh sel dalam tubuh badan untuk tujuan pertumbuhan.

 Maksudnya, jika makin tinggi nilai BV sesebuah makanan itu maka semakin baik.


Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi nilai BV sesebuah protein? 

Komposisi Asid Amino 

Asid Amino atau Amino Acid merupakan asas kepada protein. Asas yang bagaimana? Ia seakan-akan benang yang merupakan asas untuk membentuk sehelai baju. Protein terbentuk hasil kombinasi 21 jenis asid amino ini dan setiap protein mungkin mempunyai komposisi asid amino yang berlainan. Protein pada ikan mungkin mempunyai komposisi asid amino yang berbeza berbanding protein yang terdapat dalam kacang soya.

Secara umumnya, terdapat 9 jenis asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia dan perlu diambil menerusi diet atau pemakanan. Ia dikenali sebagai Essential Amino Acids (EAA) atau Asid Amino Perlu.

Mengapa dikatakan perlu? Sebab kita PERLU mengambilnya daripada pemakanan kerana tubuh kita tidak boleh menghasilkannya. Semakin kurang EEAs dalam sesebuah protein, maka semakin rendah nilai BV nya.

Cara penyediaan protein 

Pernah dengar orang khabarkan kepada anda bahawa protein mudah musnah apabila terdedah kepada heat? Dan apabila hendak membancuh ESP anda dinasihatkan menggunakan air biasa atau air sejuk dan elakkan menggunakan air panas? Ya itu memang benar kerana memasak mungkin boleh merendahkan nilai BV sesebuah protein. Patutlah telur mentah atau separuh masak itu lebih baik dimakan berbanding dengan telur yang dimasak penuh.

Kandungan vitamin dan mineral

Kewujudan vitamin dan mineral tertentu juga membantu meningkatkan nilai BV sesebuah protein.

Di sini saya sertakan beberapa jenis protein beserta nilai BV yang saya ambil di sini (juga info mengenai protein):

Whey Protein Isolate: 159 
Whey Protein Concentrate: 104 
Telur (mentah/separuh masak): 100 
Appeton Weight Gain: 100 
Putih Telur (Albumin): 88 
Susu Lembu: 88 Ikan: 83 
Daging Lembu: 80 
Daging Ayam: 79 
Casein Protein: 77 
Soy Protein: 74 
Kacang Tanah: 55 
Kekacang: 49 
Kacang Soya: 47 
Jagung: 36 
Kekacang kering: 34 

Semoga bermanfaat buat anda dan jangan lupa minum ESP anda setiap hari untuk mendapatkan protein yang sebenar! 

Nur Nitrah Nor Safian 
Shaklee Independent Distributor 
Johor Bahru - Skudai 
0129783453 
FB: https://www.facebook.com/nur.nitra 
Instagram: nitrah_annajaah 

Wednesday 9 September 2015

Promosi ESP Kembali Lagi

Promosi September 2015 - ESP


Alhamdulillah, bulan ini kita disajikan sekali lagi dengan promosi terbaik iaitu promosi ESP. Seperti yang anda ketahui bahawa ESP merupakan 'killer product' Shaklee Malaysia kerana setiap bulan permintaannya adalah tinggi walaupun bukan bulan promosinya. Maka, tidak hairan jika pada bulan ini permintaannya akan melonjak melebihi bulan-bulan biasa.

ESP menyediakan 9 jenis asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita sendiri. Ia perlu diambil daripada pemakanan seharian kita.

ESP juga adalah sumber protein yang rendah lemak dan 0 kolestrol, ia berbeza dengan protein daripada sumber haiwan kerana ia mempunyai pakej beserta lemak dan kolestrol.

ESP yang dihasilkan dari 30 kg kacang soya NON-GMO bagi setiap 1 tong ini sangat patut anda cuba hari ini. Bukan sahaja rasanya yang sedap malah khasiatnya yang terbaik untuk anda miliki.

Dapatkan sekurang-kurangnya 1 tong untuk anda hari ini, terutama di bulan promosi.

Nur Nitrah Nor Safian
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru - Skudai
Instagram: nitrah_annajaah

Friday 28 November 2014

Berlabuhlah Malam



Assalamualaikum!

Wah dah seminggu lebih saya tak berjumpa dengan anda semua. Atas sebab-sebab yang tak dapat saya elak.

Oklah.

Hari ni saya nak share dengan anda semua satu nasyid yang menjadi all time favourite saya sejak dari sekolah lagi. Hehee.. Saya suka mesej yang disampaikan. Sangat jelas. Bila saya rasa down, kadang saya teringat bait-bait lirik nasyid ni. Mengingatkan balik apa tujuan saya di dunia ni. Adakah semata-mata hidup kerana nak hidup? Atau kita hidup sebab nak menjadi hamba Allah yang sebenar-benar hamba? Nak menjadi hambaNya yang sebenar-benar hamba memang sukar kerana syurga itu mahal harganya. Tapi kita tetap kena teruskan untuk meraih redho Ilahi. Kita takda sesiapa dalam dunia dan akhirat, kita hanya ada Allah sahaja. Maka adakah wajar untuk kita terus tinggalkanNya?

Jom hayati nasyid dan liriknya. Semoga bermanfaat.

Jendela Hati

Album : Berlabuhnya Malam
Munsyid : Suara SMAKL
http://liriknasyid.com


Berlabuhlah malam
Pabilakan sampai waktunya
Fajar subuh mula menyeri
Sinar sang suria

Sudah sunnatullah
Mentari terbit diiring siang
Bintang berkerlipan
Menyinari keindahan malam

Perjuangan hidupku
Hanya memburu cita yang satu
Dan kebahagiaan
Akan kuburu walau di mana
Walaupun sengsara
Putus asa tiada sekali
Kerna ia adalah
Keredhaan dari Tuhanku

Jikalah Islam di puncak tinggi
Akan kuterus jua mendaki
Jika ia di hujung dunia
Kerna Islam kuterus berjuang

Solo : Idzhar
Lagu : Salleh
Lirik : Abu Dehya

Tuesday 11 November 2014

Adakah Otak Anak Anda Kelaparan?

Awal pagi ni, sebelum melelapkan mata saya sempat membaca kisah yang penuh inspirasi. Kisah yang disarankan oleh anak buah saya, Sharifah Nurashiqin Syed Yaziz ni benar-benar menyentuh hati keibuan saya.

"Is Your Child's Brain Starving?"


Piper yang istimewa

Apabila membaca tajuk ni, terjentik minda saya dan terus teringat kepada anak-anak saya. Adakah otak anak-anak saya "kelaparan?". Adakah cukup nutrisi yang saya sediakan buat mereka? Sebagaimana yang kita tahu, bukan sahaja perut dan fizikal sahaja yang perlu diberi makan. Bahkan otak juga memerlukan "makanannya". Sepertimana tubuh akan menjadi lesu akibat kekurangan zat, maka begitulah juga dengan otak.

Menurut Kristin Marr (ibu kepada kanak-kanak istimewa ini), apabila mengetahui bahawa dirinya hamil sudah tentulah tidak ada perasaan yang boleh digambarkan. Dan seperti ibu-ibu yang lain, dah tentu dalam fikiran kita akan memberikan yang terbaik sahaja kepada cahaya mata penyambung zuriat.

Kristin Marr telah membuat pilihan. Pilihan di mana beliau merasakan itu adalah yang terbaik buat anak di dalam kandungannya. Ia bermula dengan pemakanan.

Beliau yang sebelum ni makan mengikut Standard American Diet (makanan terproses dan makanan segera) telah mengambil langkah untuk kembali kepada real food. Corak pemakanan perlu diubah! Maka beliau mengambil keputusan untuk menyekat ke semua produk berasaskan haiwan. Hanya madu sahaja yg beliau terima. Hal ini menjadikan beliau seorang vegan tegar. Dah tentu waktu itu beliau hanya inginkan yang terbaik buat bayi.

Setelah melahirkan anak sulungnya, beliau tetap meneruskan corak pemakanan vegetarian. Begitu juga dengan anaknya - Piper. Hanya makan sayuran dan buahan sahaja. Tidak ada langsung sebarang produk berasaskan haiwan yang masuk ke dalam tubuhnya.

Suatu hari, Piper telah menginjak ke umur 1 tahun dan Kristin perasan yang rakan-rakan anaknya ada yang sudah mula bertutur. Namun Piper hanyalah mampu menyebut bunyi /mmm/ atau /bbb/. 

"Ah, mungkin Piper memang jenis lambat bercakap". Pujuk hatinya.

Masuk usia 2 tahun, Piper masih begitu. Sedangkan rakan-rakannya sudah semakin maju dalam pertuturan. "Ya, anak aku memang lambat bercakap".

Keinginannya untuk berkomunikasi dengan Piper semakin membuak-buak. Namun hal itu tidak berlaku.

Menginjak ke usia 2 tahun setengah, Kristin telah membawa Piper berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Doktor telah membuat pemeriksaan ke atas Piper dan menyarankan agar merujuk kes ini kepada pakar ENT kerana telinga sudah pun terkena infeksi. Infeksi ni menyebabkan terdapat cecair yang bertakung di dalam telinganya menyebabkan Piper tidak dapat mendengar. Pakar ENT telah menyarankan supaya tiub teilnga digunakan agi menyelesaikan masalah ini.

Harapan Kristin untuk berkomunikasi dengan anaknya musnah apabila keadaan Piper masih sama.

Kes ini telah dirujuk kepada speech pathologist dan Piper disahkan mengalami Apraxia.

"Apraxia of speech, Apraxia of speech, also known as verbal apraxia or dyspraxia, is a speech disorder in which a person has trouble saying what he or she wants to say correctly and consistently. The disorder may result from a stroke, head injury, tumor, or other illness affecting the brain."

Hancur hati seorang ibu apabila mengetahui keadaan ini berlaku ke atas anaknya.

Rakan-rakannya ada menyarankan supaya Piper dibawa berjumpa dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan. Kristin merasakan itu perkara yang mengarut! Mengapa pulak anak sekecil tu perlukan nasihat dalam pemakanannya? Namun Kristin tetap teruskan juga.

Dalam pertemuan pertama mereka, pakar nutrisi bertanyakan jumlah pengambilan LEMAK dalam pemakanan seharian Piper. TIADA, kerana Piper juga seorang vegan.

Keadaan ni mendapat reaksi yang kurang baik dari pakar pemakanan lalu disarankan agar Piper diberikan asid lemak omega 3 (minyak ikan) dan vitamin D serta ditingkatkan pengambilan lemak dalam dietnya.

Apraxia dikatakan berlakukanya neurological disconnect antara otak dan mulut, maka pakar nutrisi sangat yakin bahawa pengambilan asid lemak omega 3 dan lemak lain boleh membantu.

Melalui kajian hasil daripada pembacaan Kristin, beliau baru tersedar bahawa:

"Otak anaknya sedang kebuluran".

Ya, tidak dapat zat yang sepatutnya. Dan otaknya laparkan lemak! Bayangkan seorang kanak-kanak yang langsung tidak ada sumber lemak dalam pemakanannya sejak dari dalam perut ibu.

"Recently it has been discovered that the Omega-3 fats are necessary for the complete development of the human brain during pregnancy and the first two years of life. The Omega-3 fat and its derivative, DHA (docosahexaenoic acid), is so essential to a child’s development that if a mother and infant are deficient in it, the child’s nervous system and immune system may never fully develop, and it can cause a lifetime of unexplained emotional, learning, and immune system disorders."

Untuk pengetahuan, otak manusia terdiri daripada hampir 60% lemak. Kanak-kanak berusia 2 tahun yang pertama inilah otak mereka memerlukan 3 kali ganda makanan yang menyihatkan dan yang utamanya ialah lemak yang baik seperti asid lemak omega 3.


DHA SANGAT penting untuk perkembangan otak terutama anak-anak kita

Hampir 50% lemak dari makanan anak-anak digunakan untuk perkembangan otak mereka. Ini adalah masa yang sangat penting! Tanpa lemak yang baik, neurotransmitter di dalam otak tidak dapat menjalankan tugasnya iaitu menghantar maklumat. Dan ia boleh terputus (disconnect), apa terputus maka ia akan memberi kesan terhadap emosi, tingkah laku, pembelajaran dan bahasa. Lemak yang baik sangat-sangat penting bagi ibu yang sedang hamil dan kanak-kanak.

Berbalik kepada kisah Piper tadi, akhirnya selepas 9 bulan mengikuti diet yang sihat, paling memberi kesan ialah pengambilan asid lemak omega 3, real food (tiada fast food, junk food, processed food) Piper sudah mula bertutur pada usia 3 tahun setengah. Semakin hari semakin baik pertuturannya. Alhamdulillah...

Kesimpulannya, asid lemak omega 3 sangat penting sejak dari waktu kehamilan lagi. Ianya berterusan sehinggalah kanak-kanak itu membesar kerana waktu itulah tempoh paling penting sekali dan memerlukan lemak yang baik untuk membantu perkembangan otak mereka. Bagi saya, sehingga kita lanjut usia, minyak ikan tetap penting  kerana ini adalah makanan otak, otak yang tidak sihat boleh mengakibatkan otak mengecut dan berlakunya alzheimer dan dementia (nyanyuk).

Usah berkira untuk berikan anak anda asid lemak omega 3 terbaik kerana mereka layak mendapatkannya, mereka adalah zuriat anda, anugerah terbaik buat anda.

Sayangi anak anda, berikan mereka makanan terbaik buat otak mereka.

Salam hormat dari saya,


Nur Nitrah Nor Safian
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru - Skudai
0129783453

Monday 10 November 2014

[ INTRO PRODUK ]

Vita-Lea® with Iron Formula - Multivitamin & Multimineral Terbaik

Kepelbagaian yang Menakjubkan
Sains terbaik Shaklee menghasilkan salah satu suplemen yang paling komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Ambillah Vita-Lea setiap hari untuk:
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang sempurna.*
  • Mengandungi beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara penglihatan dan menjanakan semula tisu.
  • Membekalkan kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat.
  • Vitamin B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah.*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago Sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosussistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
1 botol Vita-Lea menyediakan 120 tablet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk sebarang pembelian dan pertanyaan:

Nur Nitrah Nor Safian
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru - Skudai
0129783453

Sunday 9 November 2014

[ INTRO PRODUK ]

Alfalfa Complex - Sumber Nutrien & Klorofil Asli

Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.

Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.

  • Sumber alfalfa semula jadi
  • Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago Sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Didatangkan dalam dua (2) saiz:

Saiz kecil (330 biji)
Saiz besar (700 biji)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk sebarang pembelian dan pertanyaan:

Nur Nitrah Nor Safian
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru - Skudai
0129783453

Friday 7 November 2014

Mengapa Anda Patut Memilih OmegaGuard™ Shaklee?

Minyak ikan terutamanya minyak ikan OmegaGuard™ Shaklee yang semakin popular di kalangan masyarakat dalam usaha menjaga kesihatan diri. OmegaGuard™ diekstrak dari ikan-ikan kecil dari laut dalam (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Apa yang menjadikan ianya sangat istimewa ialah kerana OmegaGuard™ adalah 3 kali ganda lebih tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan. OmegaGuard™ juga diiktiraf oleh Friend Of The Sea, satu badan international yang sangat ketat peraturannya dalam setiap proses penghasilan minyak ikan.

OmegaGuard™ Shaklee membekalkan 1000mg asid lemak Omega 3 yang dilengkapi dengan rangkaian specktrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi seperti:

  • Eicosapentanoic Acid (EPA)
  • Docosahexanoic Acid (DHA)
  • Alpha Linolenic Acid (ALA) dan sebagainya. 


Ia TIDAK melalui proses penyulingan bertekanan tinggi kerana boleh merosakkan sesetengan nutrien penting malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan, TETAPI OmegaGuard™ melalui kaedah yang berkos tinggi demi keselamatan para pengguna iaitu kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini iaitu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk:

  • Mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi.
  • Menyingkirkan bahan-bahan merbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium,dioksin dan PCB (Polychlorinated Biphenyl - bahan kimia industri yang sangat toksik) sekaligus menjadikan ia salah satu minyak ikan terunggul di dunia. 

Asid lemak Omega 3 di dalam OmegaGuard™ boleh membantu anda menjaga kesihatan dengan:

  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Mengekalkan tahap triglyceride yang sihat.
  • Mengekalkan paras tekanan darah.
  • Menyokong kesihatan otak, mata dan sendi. 
Dapatkan OmegaGuard™ anda sekarang hanya dari saya.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk sebarang pembelian dan pertanyaan:

Nur Nitrah Nor Safian
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru - Skudai
0129783453