Sunday 12 October 2014

Sarapan Pagi Yg Menyelerakan ~ Overnight Oats

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Sebelum ni tertanya-tanya juga, apa dia laa overnight oats ni... Sedap sangat ke? Cuma yg sangat saya pasti ialah ianya memang makanan yg menyihatkan sebab tinggi serat.

Bagi saya, resepi overnight oats ni boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Ada yg suka masam lebih, ada yg suka manis sikit, ada yg suka cair dan ada yg suka pekat. Apa pun ikut selera anda ya. ^^

Ini resepi yg saya buat malam semalam:



Bahan-bahan:

1/2 cawan rolled oat. Jika takda boleh guna instant oat.

1/2 cawan low-fat plain yogurt. Sebaiknya guna Greek Yogurt sebab lebih masam dan bagi saya sedap. Jika nak guna yg lain pun boleh. Nak guna yogurt berperisa pun tiada masalah.

1/2 cawan susu segar. Susu rendah lemak of course. Sangat bagus jika anda gunakan susu kambing kerana kalsiumnya yg tinggi.

2 sudu besar ESP yg maveles tu, boleh bancuh dengan sedikit air atau terus bancuh dgn susu tadi. Saya suka campur dengan ESP sebab saya nakkan khasiat protein ESP dalam sarapan pagi saya. Plus, rasanya yg sedap tu buatkan hati tak tahan nak campurkan. Hehee...

2 sudu besar madu. Ini makanan sunnah kita. Bagus sangat jika tambah... Betul?

Buah-buahan segar ikut citarasa. Kali ni saya cuba combine buah berries yg saya beli. Saya ada fresh cranberries, strawberries, blueberries, blackberries dan raspberries. Crush it untuk dapatkan rasa buah yg fresh. Jika strawberries saya potong nipis-nipis.

Bekas. Anda boleh guna glass jar. Tapi saya takda glass jar, saya guna Shaker Shaklee aje. Hehee.. Senang buat kat dalam ni. Simpan dalam fridge, esok pagi terus kaut makan. ^^

Method:

Combine yogurt, susu, ESP dan oat. Kacau hingga sebati. Nak shake pun boleh. Saya guna shaker ekslusif Shaklee, bekasnya besar.

Letak madu dan kacau lagi.

Akhir sekali letak buah-buahan anda dan kacau.

Tutup shaker tadi dan simpan dalam fridge. Anda nak frozenkan pun boleh.

Dah siap! Tak sampai 10 minit pun nak sediakan semua dari A - Z.

Ini rupa overnight oats saya sebelum tido dalam peti sejuk. Hehee..


Esok pagi anda boleh sarapan dengannya. Tak sempat makan di rumah? Boleh terus bawa pergi ke ofis. Mudah... Sangat mudah! 


Taraaaa... Dah siap! Nak buat bersahur pun bagus ni.

Alhamdulillah... Dah siap share resepi ringkas. Anda mesti cuba tau. Tapi... Kalau makan aje dan tak tahu apa khasiatnya, tak seronok la kan?


Apa manfaat overnight oats ni?

1. Tinggi serat. Oat memang dikenali sebagai makanan yg tinggi serat. Di samping itu buah-buah yg saya gunakan juga berserat tinggi. Dan paling best ialah ESP juga tinggi serat. 

Makanan tinggi serat boleh mengurangkan nafsu makan di samping 'mengenyangkan' perut untuk tempoh masa yg lama. Jadi ia sangat sesuai untuk anda yg ingin menurunkan berat badan! 

Kajian juga menunjukkan mereka yang mengambil kurang serat dalam diet mereka mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk naik berat badan berbanding mereka yang mengambil lebih serat dalam diet mereka. (Kevin Zahri. http://kevinzahri.com/health-fitness/pentingnya-serat-dalam-diet).

2. Rendah kalori. Kesemua bahan yg digunakan adalah rendah kalori. Anda akan rasa lebih kenyang tetapi tidak menggemukkan. Menarik betul?

3. Tinggi kalsium. Kalsium datang dari yogurt dan susu serta ESP. Jika saya campurkan 3 sudu besar ESP, setengah cawan susu segar dan setengah cawan yogurt saya akan mendapat kalsium lebih kurang 800 mg kalsium. Dan saya yakin 500 mg dah tentu diserap dari ESP. Sukanya!

4. Rendah lemak. Dah tentu rendah lemak kerana saya gunakan bahan-bahan rendah lemak. Bagus untuk kesihatan kita. Betul? Jika anda nak tambah berat badan, anda pilih bahan yg tinggi lemak ya.

5. Tinggi antioksida. Kerana buah-buahan adalah tinggi antioksida. Terutama berries yg saya gunakan. InshaAllah boleh membantu nyahkan radikal bebas yg bermaharajalela dalam tubuh ni. ^^

6. Tinggi vitamin dan mineral. Kesemua bahan tadi dah tentu punyai vitamin dan mineral. Apabila dicampurkan dengan ESP, inshaAllah saya akan dapat vitamin dan mineral tambahan.

Anda nak cuba? Anda kena cuba! Dan pasti akan cuba lagi dan lagi dan lagi! ^^


Ok... Dah habis makan! Alhamdulillah.


Salam ceria dari saya,

Nur Nitrah Nor Safian
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru - Skudai
0129783453


6 comments:

  1. Salam akak.sy Husna.bru nk komen td bc je..nice info akak =)..thnks for sharing ya..sy pon ada blog,masih bru lg.sudi2 la lwt blog sy jugak ye..
    www.supplimentcenter.blogspot

    ReplyDelete
  2. Wsalam Nurul Husna. Sama2. InshaAllah nanti kak ziarah. Terima kasih ya sudi ziarah akak. ^^

    ReplyDelete
  3. Menarikkkssss...
    Sila sediakan segelas masa i kat desaru.. pllssssss ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah bisa Master Farizan. Nanti peringatkan yaa ^^

      Delete
  4. Hihi kak nit. Ann blogwalking smbil bc resepi ye hihi.
    www.mommyanneshop.com

    ReplyDelete