Saturday 12 September 2015

Energizing Soy Protein (ESP) - Soy Isolate Protein. Kenapa Mesti Isolate Protein?

Dahulu, Energizing Soy Protein atau nama glamernya ialah ESP dikenali dengan nama Instant Protein. Ia diformulasikan oleh Dr. Forrest C. Shaklee sendiri pada tahun 1961. Maksudnya... ESP Shaklee dah pun berusia 54 tahun!

ESP sudah berusia 54 tahun!

Apa itu Instant Protein? 

Instant Protein ialah protein bersumberkan daripada kacang soya yang melalui proses isolate atau isolasi. Apa yang dimaksudkan dengan isolasi? Isolasi bermaksud pengasingan. Jika dalam konteks Instant Protein atau ESP, bermaksud soya itu melalui proses pengasingan (isolasi) untuk mendapat proteinnya dan juga nutrisi lain yang ada dalam soya tersebut. Kandungan soya lebih pekat kandungannya daripada soya biasa. Dan sudah tentu kandungan zat dan mineralnya juga lebih tinggi. Maka tidak hairanlah jika 1 tong ESP seberat 850 gram itu dihasilkan daripada 30 kg kacang soya! Rupanya ia dah pun melalui proses isolasi tadi. Subhanallah... Saya sendiri kagumi dengan kehebatan teknologi yang digunakan oleh Shaklee ni.


ESP telah melalui proses isolasi untuk mendapatkan kualiti soya yang diingini

Ok, sekarang dah tahu sedikit sejarah ESP Shaklee dan info ringkas mengenai Isolate Protein.

Kenapa perlu pilih protein yang sudah melalui proses isolasi berbanding dengan protein dari sumber biasa seperti daging, kekacang, telur dan sebagainya?

Jika kita nak makan sesuatu, sebolehnya kita nakkan penyerapan optimum. Betul? Kita nak beri sel kita makan, bukan sekadar nak mengenyangkan perut. Setuju?

Maka, kita memang memerlukan makanan yang mempunyai BV yang tinggi. Semakin tinggi BV maka semakin banyak penyerapan protein tadi masuk ke dalam sel kita.


Apa itu BV?

BV = Biological Value (BV) atau Bioavalability of Protein adalah skala ukuran yang menentukan berapa banyak atau berapa peratus protein yang betul-betul digunapakai oleh tubuh kita. Skala ni juga boleh difahami sebagai sejauh mana kepantasan sesebuah protein itu masuk ke dalam darah manusia, dihantar ke serata tubuh melalui sistem peredaran darah dan sekaligus digunakan oleh sel dalam tubuh badan untuk tujuan pertumbuhan.

 Maksudnya, jika makin tinggi nilai BV sesebuah makanan itu maka semakin baik.


Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi nilai BV sesebuah protein? 

Komposisi Asid Amino 

Asid Amino atau Amino Acid merupakan asas kepada protein. Asas yang bagaimana? Ia seakan-akan benang yang merupakan asas untuk membentuk sehelai baju. Protein terbentuk hasil kombinasi 21 jenis asid amino ini dan setiap protein mungkin mempunyai komposisi asid amino yang berlainan. Protein pada ikan mungkin mempunyai komposisi asid amino yang berbeza berbanding protein yang terdapat dalam kacang soya.

Secara umumnya, terdapat 9 jenis asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia dan perlu diambil menerusi diet atau pemakanan. Ia dikenali sebagai Essential Amino Acids (EAA) atau Asid Amino Perlu.

Mengapa dikatakan perlu? Sebab kita PERLU mengambilnya daripada pemakanan kerana tubuh kita tidak boleh menghasilkannya. Semakin kurang EEAs dalam sesebuah protein, maka semakin rendah nilai BV nya.

Cara penyediaan protein 

Pernah dengar orang khabarkan kepada anda bahawa protein mudah musnah apabila terdedah kepada heat? Dan apabila hendak membancuh ESP anda dinasihatkan menggunakan air biasa atau air sejuk dan elakkan menggunakan air panas? Ya itu memang benar kerana memasak mungkin boleh merendahkan nilai BV sesebuah protein. Patutlah telur mentah atau separuh masak itu lebih baik dimakan berbanding dengan telur yang dimasak penuh.

Kandungan vitamin dan mineral

Kewujudan vitamin dan mineral tertentu juga membantu meningkatkan nilai BV sesebuah protein.

Di sini saya sertakan beberapa jenis protein beserta nilai BV yang saya ambil di sini (juga info mengenai protein):

Whey Protein Isolate: 159 
Whey Protein Concentrate: 104 
Telur (mentah/separuh masak): 100 
Appeton Weight Gain: 100 
Putih Telur (Albumin): 88 
Susu Lembu: 88 Ikan: 83 
Daging Lembu: 80 
Daging Ayam: 79 
Casein Protein: 77 
Soy Protein: 74 
Kacang Tanah: 55 
Kekacang: 49 
Kacang Soya: 47 
Jagung: 36 
Kekacang kering: 34 

Semoga bermanfaat buat anda dan jangan lupa minum ESP anda setiap hari untuk mendapatkan protein yang sebenar! 

Nur Nitrah Nor Safian 
Shaklee Independent Distributor 
Johor Bahru - Skudai 
0129783453 
FB: https://www.facebook.com/nur.nitra 
Instagram: nitrah_annajaah 

No comments:

Post a Comment