Thursday 30 October 2014

[ INTRO PRODUK ]

ESP - Soy Protein Isolate Powder


Apa Itu ESP Shaklee?
  
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol. Bagus untuk kesihatan kita.


Berapa berat bagi setin ESP dan tempoh penggunaan?
 
Berat untuk 1 tin ialah 850g untuk penggunaan selama satu setengah bulan.


Shaklee ESP Memberikan Anda?
 
  • Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan. 
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar. 
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*.
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Hubungi saya untuk sebarang pembelian dan pertanyaan:

Nur Nitrah Nor Safian
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru - Skudai
0129783453

Sunday 12 October 2014

Sarapan Pagi Yg Menyelerakan ~ Overnight Oats

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Sebelum ni tertanya-tanya juga, apa dia laa overnight oats ni... Sedap sangat ke? Cuma yg sangat saya pasti ialah ianya memang makanan yg menyihatkan sebab tinggi serat.

Bagi saya, resepi overnight oats ni boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Ada yg suka masam lebih, ada yg suka manis sikit, ada yg suka cair dan ada yg suka pekat. Apa pun ikut selera anda ya. ^^

Ini resepi yg saya buat malam semalam:



Bahan-bahan:

1/2 cawan rolled oat. Jika takda boleh guna instant oat.

1/2 cawan low-fat plain yogurt. Sebaiknya guna Greek Yogurt sebab lebih masam dan bagi saya sedap. Jika nak guna yg lain pun boleh. Nak guna yogurt berperisa pun tiada masalah.

1/2 cawan susu segar. Susu rendah lemak of course. Sangat bagus jika anda gunakan susu kambing kerana kalsiumnya yg tinggi.

2 sudu besar ESP yg maveles tu, boleh bancuh dengan sedikit air atau terus bancuh dgn susu tadi. Saya suka campur dengan ESP sebab saya nakkan khasiat protein ESP dalam sarapan pagi saya. Plus, rasanya yg sedap tu buatkan hati tak tahan nak campurkan. Hehee...

2 sudu besar madu. Ini makanan sunnah kita. Bagus sangat jika tambah... Betul?

Buah-buahan segar ikut citarasa. Kali ni saya cuba combine buah berries yg saya beli. Saya ada fresh cranberries, strawberries, blueberries, blackberries dan raspberries. Crush it untuk dapatkan rasa buah yg fresh. Jika strawberries saya potong nipis-nipis.

Bekas. Anda boleh guna glass jar. Tapi saya takda glass jar, saya guna Shaker Shaklee aje. Hehee.. Senang buat kat dalam ni. Simpan dalam fridge, esok pagi terus kaut makan. ^^

Method:

Combine yogurt, susu, ESP dan oat. Kacau hingga sebati. Nak shake pun boleh. Saya guna shaker ekslusif Shaklee, bekasnya besar.

Letak madu dan kacau lagi.

Akhir sekali letak buah-buahan anda dan kacau.

Tutup shaker tadi dan simpan dalam fridge. Anda nak frozenkan pun boleh.

Dah siap! Tak sampai 10 minit pun nak sediakan semua dari A - Z.

Ini rupa overnight oats saya sebelum tido dalam peti sejuk. Hehee..


Esok pagi anda boleh sarapan dengannya. Tak sempat makan di rumah? Boleh terus bawa pergi ke ofis. Mudah... Sangat mudah! 


Taraaaa... Dah siap! Nak buat bersahur pun bagus ni.

Alhamdulillah... Dah siap share resepi ringkas. Anda mesti cuba tau. Tapi... Kalau makan aje dan tak tahu apa khasiatnya, tak seronok la kan?


Apa manfaat overnight oats ni?

1. Tinggi serat. Oat memang dikenali sebagai makanan yg tinggi serat. Di samping itu buah-buah yg saya gunakan juga berserat tinggi. Dan paling best ialah ESP juga tinggi serat. 

Makanan tinggi serat boleh mengurangkan nafsu makan di samping 'mengenyangkan' perut untuk tempoh masa yg lama. Jadi ia sangat sesuai untuk anda yg ingin menurunkan berat badan! 

Kajian juga menunjukkan mereka yang mengambil kurang serat dalam diet mereka mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk naik berat badan berbanding mereka yang mengambil lebih serat dalam diet mereka. (Kevin Zahri. http://kevinzahri.com/health-fitness/pentingnya-serat-dalam-diet).

2. Rendah kalori. Kesemua bahan yg digunakan adalah rendah kalori. Anda akan rasa lebih kenyang tetapi tidak menggemukkan. Menarik betul?

3. Tinggi kalsium. Kalsium datang dari yogurt dan susu serta ESP. Jika saya campurkan 3 sudu besar ESP, setengah cawan susu segar dan setengah cawan yogurt saya akan mendapat kalsium lebih kurang 800 mg kalsium. Dan saya yakin 500 mg dah tentu diserap dari ESP. Sukanya!

4. Rendah lemak. Dah tentu rendah lemak kerana saya gunakan bahan-bahan rendah lemak. Bagus untuk kesihatan kita. Betul? Jika anda nak tambah berat badan, anda pilih bahan yg tinggi lemak ya.

5. Tinggi antioksida. Kerana buah-buahan adalah tinggi antioksida. Terutama berries yg saya gunakan. InshaAllah boleh membantu nyahkan radikal bebas yg bermaharajalela dalam tubuh ni. ^^

6. Tinggi vitamin dan mineral. Kesemua bahan tadi dah tentu punyai vitamin dan mineral. Apabila dicampurkan dengan ESP, inshaAllah saya akan dapat vitamin dan mineral tambahan.

Anda nak cuba? Anda kena cuba! Dan pasti akan cuba lagi dan lagi dan lagi! ^^


Ok... Dah habis makan! Alhamdulillah.


Salam ceria dari saya,

Nur Nitrah Nor Safian
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru - Skudai
0129783453


Saturday 11 October 2014

10 Resepi Bancuhan ESP [ Mesti Cuba! ]

ESP merupakan soy isolate powder. Bagi peminat air kacang soya, inshaAllah anda pasti sukakan ESP. Apa yg best ialah anda boleh bancuh ESP mengikut selera anda. Jika inginkan rasa soya yg pekat atau cair, semuanya terpulang pada anda.

Yg penting, JANGAN BANCUH ESP MENGGUNAKAN AIR PANAS. Kerana air panas akan merosakkan protein yg ada dalam ESP ni. So, sangat rugi la kalau protein dah musnah.

Baiklah, hari ni saya nak share resepi minuman ESP bagi mereka yg inginkan kelainan rasa.

Untuk basic, kebiasaannya saya akan bancuh 3 sudu besar ESP bersama air sebanyak 250 ml (jika mahu pekat) atau 300 ml air. Apa pun, dinasihatkan anda bancuh dulu dengan 250 ml air dan rasa. Jika kena dengan selera anda maka tiada masalah. Jika rasa pekat, cuma tambahkan air lagi.

Mudah... Betul?




Ok, jom kita lihat resepi mana yg berkenan di hati anda selain dari bancuhan dengan air putih:

1.ESP + apa-apa jus buah.

2. ESP + kordial sitrus yg lain seperti mangga, oren, berries. Saya suka tambah dengan Sunquick Tropical.

3. ESP + Performance Drink (air minuman tenaga Shaklee berperisa oren).

4. ESP + Performance Drink + Meal Shakes. Jadilah sarapan anda yg lengkap rasa dan nutrisinya!

5. ESP + air yogurt.

6. ESP + susu segar, susu koko atau strawberry.

7. ESP + susu segar + kurma.

8. ESP + susu segar + kurma + kismis + badam atau pistachio. Pastikan badam dan pistachio tadi crunchy.

9. ESP + Vico atau air koko yg lain.

10. ESP + bancuhan Nestum atau nestum 3 in 1.

Selamat mencuba ya!


Hubungi saya untuk sebarang pembelian dan pertanyaan:

Nur Nitrah Nor Safian
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru - Skudai
0129783453

Raya Korban, Apa Sebenarnya Yang Kita Korbankan?

Alhamdulillah kita sudah pun selesai menjalani ibadah korban. Korban bukanlah sekadar menyembelih menitiskan darah binatang korban. Bukanlah sekadar mengeluarkan wang ringgit utk ibadah tersebut. 

Tapi apakah falsafah korban itu sendiri? 

Korban yg sebenar ialah korban setiap hari. Korban utk mengingati Allah, hampirkan diri kepadaNya. Utk hampirkan diri kepadaNya byk cara. Sejauh mana kita sanggup nak berzikir beribu-ribu kali. Berzikir di lidah dan di hati. Sejauh mana sanggup berkorban utk baca al-Quran setiap hari. 

Sanggup nak berkorban utk dirikan solat, solat-solat sunat, tahajud. Sanggup nak bersusah-susah nak jaga perintah Allah...

Sejauh mana kita sanggup korbankan harta benda utk jalan Allah. Zakat, sedekah, infaq dll.

Sejauh mana kita sanggup berkorban utk ibu bapa yg mmg tidak akan terbalas jasanya dunia akhirat.

Semua ni susah utk kita capai jika Allah tiada dalam hati. Nak 'letak' Allah dalam hati bukan perkara yg mudah. Perlukan guru yg memimpin, latihan-latihan dan mujahadah yg kuat. Syurga itu mahal, sanggupkah anda berkorban?

Semoga kita termasuk dalam golongan mereka yg sanggup berkorban utk Allah Ta'ala.

Salam hormat dari ummi.

Nur Nitrah Nor Safian
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru ~ Skudai
0129783453

Friday 10 October 2014

Promosi Bulan Oktober 2014 - ESP Shaklee

ESP, Energizing Soy Protein keluaran Shaklee yg memang mendapat tempat di hati para peminatnya. Setiap bulan pasti mendapat permintaan yg tinggi. 

Bulan ni adalah bulan yg dinanti-nantiikan oleh anda, peminat ESP. Kerana apa? Ya, bulan promosi bagi ESP. Beli 6 tong, PERCUMA 1 tong. Maksudnya, anda beli 6 tong tapi DAPAT 7 tong.

Untung..... Betul?

Bukan sahaja untung 1 tong malah anda juga boleh nikmati:

1. PERCUMA bagi kadar pos bernilai RM10.

2. PERCUMA yuran keahlian Shaklee bernilai RM75.

3. CASHBACK iaitu bonus yg bakal anda perolehi pada bulan hadapan minimum RM36.

Menarik?

Anda boleh nikmati semua ini dengan:

BERKONGSI membeli 6 tong ESP bersama famili dan rakan-rakan anda.

Atau

Stok untuk diri sendiri. Jika anda sedang hamil, 7 tong ini CUKUP untuk keperluan sepanjang kehamilan. 

Hanya untuk Oktober ini.

Hubungi saya:

Nur Nitrah Nor Safian
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru ~ Skudai

Kebaikan Isoflavones Dalam Kacang Soya



Kacang soya, bagi saya ianya tumbuhan unik yg Allah jadikan untuk kita. Walaupun ia hanyalah kacang tapi khasiatnya lebih besar dari saiz. Protein yg terdapat dalam kacang soya merupakan protein yg lengkap dengan 9 asid amino perlu. Bahkan ianya rendah lemak dan bebas kolestrol. Sudah tentu ia menyihatkan... Betul?

Baiklah.

Satu komponen yg terdapat di dalam kacang soya ialah isoflavones. Isoflavones mempunyai khasiat yg tersendiri dan unik. Ia mempunyai struktur kimia yang sama degan estrogen. Kerana kesamaan ini, isoflavones dapat mempengaruhi aktiviti estrogen kita. 

Bergantung dari jenis reseptor estrogen dalam sel-sel isoflavones dapat mengurangkan atau meningkatkan aktiviti estrogen. Isoflavones dapat bersaing dengan estrogen pada reseptor yang sama sehingga mengurangkan risiko kesihatan akibat dari kelebihan estrogen.

Ok, mari kita lihat antara fungsi-fungsi Isoflavones ini :


1. Melancarkan metabolism.
2. Melancarkan pencernaan.
3. Merupakan nutrisi pelengkap.
4. Meningkatkan sistem imunisani
5. Memperkuat struktur matriks tulang.
6. Menstabilkan tekanan darah.
7. Menurunkan kadar kolesterol darah.
8. Menstabilkan kadar gula darah.
9. Mencegah obesiti.
10. Mencegah penyakit ginjal.
11. Mengurangi gejala jantung koroner (kardiovaskular).
12. Mengurangi gejala stroke.
13. Mengurangi gejala sakit urat
14. Menghilangkan rasa lelah dan lesu.
15. Mengurangi gejala menopause.
16. Memperlambat penuaan sel.
17. Mencegah tumbuhnya kanser, terutama kanser payudara dan prostat.
18. Menambah daya ingat dengan meningkatkan fungsi kognitif.

Anda ingin dapatkan khasiat isoflavones ini? Anda boleh dapatkannya dari makanan yg biasa kita perolehi seperti tempe, sup miso dan air soya sama ada buatan sendiri atau anda buat di rumah.

Atau

Anda boleh dapatkan khasiatnya dari SEGELAS bancuhan ESP setiap hari.  Rasanya yg sedap dan mengenyangkan, sangat mudah diserap oleh tubuh, rendah lemak, tiada kolestrol dan indeks glisemik yg rendah (39). Diperbuat daripada soya Non-GMO, inshaAllah selamat dan berkesan.

Anda mahukan soya yg terbaik?

Hubungi saya:

Nur Nitrah Nor Safian
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru - Skudai

(Tidak sesuai buat anda yg alahan kepada soya)

Credit to this lovely mum

• Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday 8 October 2014

Assalamualaikum.

Kita bertemu kembali di dunia blog. Mohon maaf kepada yg merindui saya. ^^ Kadang terlepas nak post sesuatu untuk anda.

InshaAllah banyakkk nak share dgn anda semua. Stay tuned ya. 😊