Thursday 28 August 2014

Testimoni VIVIX & ZINC Complex Utk Pesakit Kencing Manis



Alhamdulillah...

Bila kita dapat bantu orang lain, sama menjadi semakin sihat atau dari sudut material, kepuasannya tak tergambar.

Hari ni saya nak share kegembiraan seorang anak. Ayahnya alami luka di kaki. Disebabkan ayahnya seorang pesakit kencing manis, sudah tentulah luka tersebut boleh menjadi semakin teruk.

Bermula awal tahun, lukanya kecil sahaja. Tapi lama kelamaan lukanya menjadi semakin besar sehingga menampakkan daging dan tulang kaki.

Kerana kasihkan bapa, anaknya menghubungi saya dan bertanyakan produk Shaklee apa yg bagus utk ayahnya.

Alhamdulillah... Walaupun alami healing crisis, ayahnya tetap sabar dan konsisten dgn Shaklee. Daripada hanya mampu berbaring, ayahnya mula menjadi semakin segar dan bertenaga.

Membaca al-Quran selepas solat subuh bukan lagi perkara yg berat sejak sakit. Malah sekarang mampu turun ke kebun!

Saya sendiri yg ikuti perjalanan #ShakleeEffect ayahnya turut tersentuh hati. Melihat:

1. Kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya, duit bukanlah penghalang untuk melihat ayahnya kembali sihat.
2. Ketabahan seorang ayah yg ingin kembali seperti dahulu. Umur 70an, sudah tentu kita juga terkesan melihat kesabarannya menghadapi ujian.

Dengan izin Allah, alhamdulillah luka yg dialami oleh ayahnya sudah semakin pulih. Daging sudah menutupi tulang, tinggal lagi kulit sahaja yg belum tumbuh sepenuhnya.

Dengan izin Allah juga, VIVIX & Zinc Complex membantu memulihkan luka tadi. Vivix, salah satu fungsinya ialah membantu memperbaiki sel-sel dan menggalakkan pertumbuhan sel baru. Zinc pula bagus untuk membantu memulihkan luka sama ada luaran atau dalaman. Kedua-duanya sesuai diambil oleh mereka yg alami luka dan dalam masa yg sama pesakit kencing manis. Kita wajib berikhtiar dan bertawakkal kepada allah.

Syukur! Semoga pakcik sentiasa sihat dan cergas seperti sedia kala.

Nur Nitra
889335
Shaklee Independent Distributor ~ JB, Skudai

Thursday 7 August 2014

GLA & Kekacang Boleh Bantu Kurangkan Lemak Di Perut?

Semalam saya ada beritahu rakan-rakan saya yg GLA dikatakan blh membantu kurangkan lemak di bahagian perut.

Sebab apa ye?

Antara sebabnya ialah dikatakan berkaitan dgn stress. Bila kita risau, biasanya kita akan rasa resah gelisah, betul? So tubuh kita akan keluarkan hormon stress. Disebabkan itu, tubuh kita ni bertindak mengekalkan lemak kat area perut tu, sebagai 'store lemak' utk kita gunakan bila perlu terutama dalam keadaan menhadapi tekanan tinggi. Haaa so jgn stress2 sangat ye. Hehee

Ok, dah tu camna pulak la GLA ni boleh nyahkan lemak2 tu tadi? GLA ni asid lemak perlu omega 6, asid lemak ni tak boleh diproduce oleh tubuh. Kita kena ambil dari diet kita. Asid lemak omega 6 ni membantu regulate metabolisme kita sebagaimana ia membantu stimulate pertumbuhan rambut serta kulit.

Bila metabolisme kita tinggi, maka pembakaran lemak pun jadi lancar gitu. Kevin Zahri kata, ibarat sebuah kereta yg perlukan minyak utk bergerak, metabolisme ni mcm pengawal berapa banyak minyak yg perlu digunakan. Metabolisme ni bermaksud jumlah kalori yg dibakar oleh tubuh bagi mengekalkan fungsi2 tubuh kita yg lain. 

Dr Oz mencadangkan kalo kita nak singkirkan itu lemak di perut, ambillah GLA dan beans. Sebab apa? Dikatakan yg GLA ni mampu tenangkan desakan tubuh yg dok nak simpan lemak tadi. So bila tubuh tu disabarkan oleh GLA, tak jadi la
lemak2 tu nak berkampung kat perut. 

Pahe ko ni? Hehee

So Dr Oz cadangkan supaya amik GLA sblm makan, pastu amik kacang2 sewaktu makan. Contoh kidney beans ke, black beans ke, chickpeas ke. Ikut la.. Biasa org barat kan suka buat salad ke, atau mediterranean pun suka kekacang ni. Depa buat sup la, atau lauk. So amik kekacang ni 3 kali sehari, sebelum makan tu amik GLA. 

Ni cadangan dia la.. Haaa ada berani nak cuba? 

Jadi, selamat mencuba ye. ^^

Nur Nitrah (889335)
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru


Sumber: http://www.examiner.com/article/dr-oz-prescribes-gla-supplements-and-beans-to-burn-belly-fat, http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-kaedah-tingkatkan-metabolisme-badan

Wednesday 6 August 2014

Bekerja ~ Berkejar Jaya, Jangan Sampai Tidak Bermaya.

Hari ni saya agak sibuk, pagi tadi sakit pulak perut ni. Mungkin kes makan sambal tempoyak sodap kot... Makan tak beringat! Hihii... Selepas dah lega sakit perut tu, saya pun ready masuk ofis. Ceewahh... SOHO saya la... Kemas sikit SOHO dan mula packing barang-barang untuk dipos.

Alhamdulillah posmen poslaju boleh datang pick up barang ke rumah saya, dah tak perlu lagi beratur kat pejabat poslaju. Tapi kena guna prepaid poslaju la.. Kalau tak, tetap kena pegi ke poslaju utk timbang. Kecuali jika anda memang ada akaun di poslaju. Setiap kali posmen poslaju datang pick up barang, cas hanya dikenakan sebanyak RM5. Murah kan?

Yalah, kalau tidak saya kena pegi ke pusat poslaju. Jarak dari rumah saya hampir 20 min. Selalu berlaku, bila saya sampai ke sana anak-anak saya dah tertidur sebab baru balik sekolah. Bila dah tidur, memang terhad betul kita nak pegi pos barang. Kadang dengan parking penuh... Pernah saya minta tolong dari polis bantuan di sana supaya jagakan anak-anak saya dari luar kereta sebab saya perlu poskan barang. Pernah juga, bila anak-anak tidur parking pulak takda..dan saya pun terpaksa patah balik ke rumah. Jawabnya besok la baru dapat pos.

Selesai kerja di rumah, saya perlu selesaikan hal kereta pulak. 1st time nak ganti cermin kereta guna claim insuran. Sampai je di kedai, orang kedai beritahu yg dokumen saya tak lengkap. Apa lagi... Balik saje la... Tapi takpa, tak sia-sia pun saya ke sana. Dapat juga ilmu macamana nak claim insuran dgn jayanya. Heheee...

Lepas tu saya pergi ke kedai tayar. Perlu buat alignment dan balancing tayar. Bila uruskan semua ni dgn anak-anak kecil, memang sangat mencabar. Umi hampir-hampir jadi naga. Hehee... Kedainya tepi jalan, kita risau dgn anak-anak yg aktif ni. Prinsip saya, biar la saya jadi naga sblm jadi apa-apa yg buruk kat anak-anak saya. Masa tu nangis pun tak berguna dah kan?

Semasa di kedai tayar tu, saya rasa kurang selesa. Pada mulanya saya tak perasan apa punca saya merasa begitu. Bila saya lihat awan, barulah saya perasan yg berlaku pencemaran udara kat kawasan situ. Memang dah macam jerebu! Bau asapnya, bangunan jauh pun nampak kelabu. Saya terfikir... Bagaimana orang boleh bekerja setiap hari menghadap keadaan udara macam tu? Radikal bebas tak usah bilanglah... Confirm ada. 

Radikal bebas ni memang bahaya ke atas tubuh kita. Boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, serangan jantung dan sebagainya. Terbayang-bayang bagaimana la mereka hadapi semua ni dengan cekal? Dah tentu sebab bak mencari rezeki kan... Tapi saya kasihan melihat tubuh yg terdedah kepada pencemaran tu. Kita bekerja tapi kesihatan tetap utama kan? Owh saya tak condemn mereka cuma saya cuba meletakkan diri di tempat mereka dan saya tak sanggup! Tadi pun saya rasa nak sesak nafas dah sebab udaranya memang tak bersih.

Bekerjalah sekuat mana pun, walau bagaimana cara sekali pun tapi kesihatan tetap kena jaga ya. Air masak minum sekurang-kurangnya 2 liter. Bukanlah perlu minum sekaligus 2 liter tu tapi suwaiya-suwaiya *bak kata orang arab Mesir*. Hehee... Jika dapat, ambillah supplement yg tinggi antioksida seperti vitamin A, C, E. Vitamin-vitamin ni inshaAllah boleh membantu menyingkirkan radikal bebas tadi dari tubuh kita. Barulah tubuh kita akak sihat nanti. Nak bekerja pun sure seronok dan cergas. Saya sendiri memang amalkan vitamin-vitamin ni seperti Carotomax Shaklee yg mengandungi vitamin A, Sustained Release Vita-C Plus, CoQ Health Plus yg turut mengandungi vitamin E di samping bagus untuk kesihatan jantung dan VIVIX si raja awet muda. Alhamdulillah Allah izinkan Shaklee membantu saya menjadi cergas setiap hari dan sebagai usaha saya untuk menjaga kesihatan diri. Maklumlah dah 3 series ni, kesihatan memang perlu dititikberatkan. 

Ya Allah, berkatilah kami dalam usaha mencari rezeki yg halal di bumiMu... Aamiinn...

Nur Nitrah (889335)
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru

Monday 4 August 2014

Mengapa Saya Pilih Shaklee? [ Episod 2 ]

Assalamualaikum.

Semalam saya dah berkongsi sikit dengan anda mengapa saya pilih Shaklee? 


Baiklah...


Setelah Allah limpahkan kesedaran dalam hati saya bahawa saya perlu ubah kehidupan saya dari seorang surirumah tidak berpendapatan kepada surirumah berpendapatan, kalau boleh nak la berpendapatan tinggi. Hehee... Sapa yg tak nak kan? Dengan duit yg lebih tu macam-macam boleh kita plan untuk keluarga. Saya mencari2 peluang tersebut. Saya pernah ada kedai maya ~ NourStore. Masa tu saya jadi agen dropshipping aje. Kita hanya dapat bonus berdasarkan komisen. Di NourStore, saya suka dan akan jual apa yg saya suka guna, pakai dan makan. Bermula dengan cloth diapers, jubah, seluar palazzo, alatan dapur, mainan kanak-kanak sehingga lah tepung-tepung segera seperti cheezy power, kek segera dan lain-lain. 


Kerja menjadi agen memang mudah. Segala gambar dan description tak perlu lagi diolah sendiri. Kebiasaannya supplier dah sediakan semua. Kerja agen hanyalah promosi barang-barang tersebut. Saya pernah ambil komisyen hanya RM1 sahaja untuk 1 barang. Sebab apa? Sebab saya tak nak harga yg saya jual jauh beza dengan supplier dan kalau boleh nak beri harga murah pada kawan-kawan sebab saya pun sangat sukakan barang tersebut.


Saya pernah terfikir... Menjadi agen dropship memang mudah, bagus jika ingin mencari ilmu dan pengalaman dalam bisnes online. Disebabkan kerja yg mudah tu, maka berbaloilah dengan komisyen yg kita dapat. Saya rasa saya nak sangat bisnes yg boleh saya jalankan dari rumah juga tapi mampu memberi saya pendapatan tetap secara bulanan.


Allah Maha Mengetahui telah lorongkan saya ke jalan Shaklee. Perkenalan saya dengan Shaklee bermula apabila saya ingin mencari supplement kalsium. Masa tu saya masih menyusukan anak kedua saya dan selalu rasa sakit-sakit badan serta kaki bila bangkit dari tidur. Allah takdirkan saya bertemu dengan Ani Ahmad yg jauh nun di Paka sedangkan saya di JB. Hehee...


Saya berpuas hati dengan produk tersebut dan saya cuba tambah produk lain iaitu ESP. Masa tu saya masih tak tahu yg Shaklee ni adalah multi level marketing. Sebab produknya memang bagus. Malah dari zaman universiti lagi saya dah tahu ianya bagus cuma masa tu tak terbuka hati nak mencuba. 


Saya masih belum terbuka hati nak join ahli Shaklee tapi saya rajin mengikuti perkembangan Ani samada dalam FB atau secara realiti. 

Melihat kepada adanya perubahan dan perkembangan hidupnya, membuatkan saya hairan dan pelik... Bagaimana dia boleh berubah sebeginu? Tapi perubahan tu bukanlah drastik ya. Saya mengikuti perkembangan beliau berbulan-bulan, hampir-hampr setahun. Dalam tempoh tu saya sendiri menyaksikan perubahan  tu sedikit demi sedikit. Menyebabkan saya terfikir dan terdetik macamana semua ni berlaku melalui Shaklee?

Tanggal 6 November 2012, saya bulatkan nekad tetapkan hati tinggikan niat untuk mengubah kehidupan saya bersama Ani melalui Shaklee. Alhamdulillah suamilah pendorong utama saya. Saya masih memegang prinsip jual apa yg "kita suka guna, pakai dan makan"  ke dalam Shaklee. 

Saya melihat buat bisnes Shaklee ni memang mudah jika anda tahu caranya. Kenapa?Pada permulaan, saya hanya:

• Promosi produk yg memang saya consume dan suka. 

• Saya juga tak diminta utk mengeluarkan modal beribu-ribu ringgit bagi memulakan bisnes ni. Modal saya hanyalah RM75 iaitu yuran keahlian. Disebabkan saya memang consume Shaklee, maka saya hanyalah membeli supplement utk diri sendiri bukannya utk dijual.

Alhamdulillah saya berjaya mendapat RM200+ sebagai bonus pertama saya. Teruja! Tak sangka saya boleh dapat bonus sebanyak tu! Yalah, saya kan hanya surirumah yg memang tiada pendapatan, jumlah wang sebanyak tu ibarat dapat RM2000. Hehee... Syukur... Suami pun tumpang gembira. Dia beritahu saya yg dia yakin dgn Shaklee kerana tak susah nak dapat bonus. Yg penting kita:

• Rajin
• Konsisten
• Tahu apa yg kita nak
• Tahu apa yg kita buat

Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah lorongkan saya jalan ni. Kini saya dapat membantu tingkatkan taraf ekonomi keluarga. Saya bukan lagi surirumah tanpa pendapatan tapi  WAHM (Working At Home Mother). 

Saya juga bersyukur kerana semakin ramai anak-anak buah Shaklee saya yg berjaya mendapat income bulanan melalui Shaklee. InshaAllah saya akan teruskan jalan ni kerana saya ingin membantu lebih ramaiiii lagi orang di luar sana yg ingin mengubah dan mengembangkan taraf kehidupan ekonomi dalam zaman yg serba mencabar dan kos yg saban hari meningkat.

Mohon doakan saya agar saya dapat membantu anda pula mengubah kehidupan anda.

Nur Nitrah
Shaklee Independent Distributor (889335)
Johor Bahru





Sunday 3 August 2014

Mengapa Saya Pilih Shaklee? [ Episod 1 ]

Malam tadi saya berborak santai dengan salah seorang anak buah Shaklee saya. Topik yg kami pilih ialah ~ mengapa pilih Shaklee sebagai landasan bisnes?

Saya yakin, sebab yg beliau berikan kepada saya tu, bukan dia seorang sahaja yg alami bahkan orang lain juga.


Salah satu faktornya ialah ~ gaji tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan yg semakin meningkat setiap hari. Walaupun suami isteri bekerja, sehinggakan sudah puas 'berpuasa' dari pelbagai kehendak (katanya dah macam jadi kedekut pula), gaji masih tidak mencukupi.


Ya, kita tak boleh lari dari realiti sekarang. Gaji yang kita dapat hanyalah cukup-cukup untuk

membayar segala hutang, bil-bil dan belanja harian, itu pun belanjanya tak dapat sampai ke hari gaji berikutnya. Jika orang berkahwin dan duduk di JB ni dgn gaji RM2000 sudah dikira susah. Sekolah anak lagi, belanja untuk makan seharian, minyak kereta dan tol, nak beri wang kepada ibu ayah pun kadang-kadang kita tangguh dulu ke bulan depan. Kadang-kadang tangguhnya dah macam keretapi, bersambung-sambung.

Saya sendiri? Selepas kahwin saya tak bekerja. Kali terakhir saya bekerja di KL ialah pada tahun 2007. Masa bujang tu pun kita dah rasai peritnya. Inikan pula mereka yg berkeluarga dan sudah berada dalam tahun 2014. Kos kehidupan bukannya semakin berkurangan kan? Semakin melambung-lambung tinggi.


Sebelum saya serius dalam bisnes Shaklee, saya juga rasai kesusahan hidup sebagai orang yg tidak vekerja. 100% mengharapkan duit pemberian suami. 100% ditanggung oleh suami. Di pihak suami pulak, dia bukan sekadar menanggung keluarga kami bahkan dia turut menanggung ibu bapanya. Disebabkan bapanya tidak sihat maka mereka hanyalah bergantung pada pencen yang tak seberapa. Saya bersyukur kerana suami saya bertanggungjawab terhadap orang tuanya walaupun sudah punyai keluarga sendiri.


Sepanjang tempoh saya tidak ada pendapatan, saya juga banyak berpuasa daripada membeli kehendak saya. Keperluan anak-anak lebih diutamakan. Baju dan tudung saya jarang dibeli baru, kebanyakannya tudung dan baju tu dari zaman saya belajar lagi. Ada yg dah berusia 12 tahun! Disebabkan masih elok untuk dipakai, maka saya ambil keputusan untuk gunakan dulu dan duit yg ada digunakan untuk keperluan anak-anak. Bukan suami tak belikan tapi kita sebagai ibu yg tak bekerja, perasaan kasihan kepada anak tu lebih. Biar anak berbaju elok, ummi pakai baju lama yg masih elok pun takpa...


Sehinggalah saya rasa saya PERLU bantu suami dari sudut kewangan. Saya rasa saya perlu keluar dari kepompong surirumah yg tidak berpendapatan kepada WAHM - Working At Home Mother. Saya perlu buat sesuatu untuk keluarga, tak boleh lagi mengharapkan suami seorang kerana saya memahami tanggungjawab yg dipikulnya tu bukanlah ringan. Kita aje yg tahu bagaimana keadaan keluarga kita... Betul?


Dari situlah saya berkenalan dengan Shaklee...


Ok lah... Dah panjang ni. Nanti kita sambung kemudian ya. Hehee...


Stay tuned!



Nur Nitrah
Shaklee Independent Distributor (889335)
Johor Bahru

GLA COMPLEX SHAKLEE

PROMOSI BULANAN SHAKLEE

GLA COMPLEX

PERCUMA 1 dengan setiap pembelian 6 botol

GLA Complex antara produk Shaklee yg saya suka. Kenapa saya suka? Sebab produk ni boleh membantu perbaiki masalah-masalah hormon dalam tubuh. Hormon memang penting sangat-sangat bagi memastikan tubuh kita berada dalam keadaan yg sihat dan sewajarnya.

Bukan sekadar membantu mengawal selia hormon di dalam tubuh bahkan pelbagai lagi manfaatnya untuk kita semua. InshaAllah saya akan kongsikan bersama-sama anda selepas ini. Oh ya... Tak kira sama ada lelaki mahupun perempuan, kita semua boleh nikmati kebaikan GLA Complex Shaklee.

Promosi akan berakhir pada 31 Ogos 2014.

Jangan  berlengah lagi untuk dapatkan GLA Complex PERCUMA anda bulan ini!

Kepentingan Asid Lemak Omega-3 Kepada Ibu Hamil & Ibu Menyusukan Anak

Omega-3 dan Susu Ibu

Tahukah anda bila kita mendapat sumber Omega-3 (antaraya ialah DHA dan EPA) yang pertama dalam hidup? Ya, sudah tentu daripada ibu kita yang tercinta. Ia bermula sejak di alam rahim lagi. DHA yang tersimpan di dalam badan ibu akan diserap oleh janin sebanyak yang diperlukan. Begitu jugalah dengan nutrien-nutrien lain yang diserap oleh janin sepanjang kehamilan. DHA begitu penting bagi janin untuk memastikan proses perkembangan sistem saraf otak dan retina berjalan dengan baik.

Setelah bayi lahir, pemberian DHA diteruskan melalui susu ibu yang sangat unik dan hebat yang dijadikan oleh Allah Ta'ala. Kurniaan yang hanya dikhususkan kepada kaum ibu. Betapa beruntungnya kita sebagai ibu jika mampu menyusukan anak kerana ia bukan sahaja merapatkan ikatan hati malahan merupakan sumber makanan pertama bagi seorang bayi. Bagi muslim, sangat digalakkan untuk menyusukan anak disertai dengan zikir-zikir atau bacaan al-Quran sebagai satu langkah pertama untuk mendidik anak mengenal Pencipta Semesta Alam.




Tahap Kandungan DHA Dalam Susu Ibu 


Umum mengetahui bahawa tempoh penyusuan terbaik adalah selama 2 tahun. Mengapa 2 tahun? Ini kerana selama tempoh itulah merupakan tempoh yang sangat sangat penting bagi perkembangan otak anak. Tahniah diucapkan bagi ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak selama 2 tahun. Bagi ibu yang tidak dapat mencapai tempoh tersebut, usah gusar dan risau. Masih ada cara lain untuk membantu perkembangan otak anak kita. Di samping itu, doa seorang ibulah yang paling penting dalam kehidupan seorang anak.


Terdapat kajian dijalankan ke atas beberapa buah negara mewakili benua menunjukkan perbezaan antara tahap kandungan DHA di dalam susu ibu. Kandungan DHA dalam susu ibu di negara Jepun menunjukkan bacaan yang paling tinggi di antara negara lain yang terlibat. Kita sedia maklum bahawa penduduk Jepun memang menjadikan ikan sebagai makanan harian mereka

Maka tidak hairan jika kandungan DHA dalam susu para ibu di Jepun mencatatkan bacaan paling tinggi. Begitu jugalah dengan penduduk yang banyak memakan ikan dalam diet mereka. Di U.S, satu kajian menunjukkan bahawa ibu-ibu menyusu di Amazonian Bolivia (yang banyak memakan ikan) mempunyai tahap DHA 400 kali ganda banyaknya dari negeri-negeri lain.


Kepentingan Omega-3 Bagi Ibu Hamil dan Menyusukan Anak


Omega 3 bukan sahaja boleh membantu dalam pembinaan dan perkembangan otak dan retina janin. Ia juga sangat penting bagi diri ibu sendiri. Omega-3 boleh melancarkan peredaran darah agar dapat:



  • Membantu ibu mengekalkan tekanan darah yang normal.
  • Membantu memecahkan lemak dan mengawal masalah obesiti.
  • Membantu mengurangkan tekanan di bahagian leher seterusnya membantu mengelakkan tekanan (stress) dan sakit kepala yang dialami oleh ibu.
  • Membantu menurunkan tahap kolestrol dan mengurangkan tahap risiko penyakit jantung.
  • Membantu meningkatkan tenaga agar sentiasa produktif dan aktif.
  • Bertindak sebagai anti-radang jika ada masalah alahan, masalah sendi dan sebagainya.
  • Membantu menghindarkan pembekuan darah dalam badan (vena varikos).
  • Membantu mengelakkan daripada berlakunya kelahiran pra-matang.
  • Membantu mengelakkan daripada berlakunya depressi pospartum.
  • Terakhir sekali Omega-3 sangat penting diambil oleh ibu hamil kerana Omega-3 yang tersimpan di dalam tubuh ibu akan kehabisan kerana dipindahkan atau diserap oleh anak. Apabila kita kekurangan Omega-3 maka pelbagai risiko akan dihadapai seperti kanser, penyakit jantung dan paru-paru, depressi, insomnia, migrain, anxiety, pembekuan darah dan sebagainya.



Sumber Omega-3?


Asid lemak ini boleh didapati daripada pemakanan seharian kita. Ikan sememangnya terkenal dengan kandungan Omega-3 yang tinggi. Antara ikan yang mempunyai Omega-3 yang tinggi ialah ikan laut air sejuk seperti ikan parang (herring), ikan sardin, ikan kembung (mackerel), ikan bilis, ikan salmon dan sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa ibu-ibu yang banyak memakan ikan berasid lemak tinggi mempunyai tahap depressi yang rendah berbanding dengan yang tidak memakannya.

Namun, hari ni berlaku banyak pencemaran hatta ikan sekalipun terutama ikan yang dibawa jauh dari persisiran pantai. Untuk memelihara fizikal ikan agar nampak segar, satu bahan kimia telah dicampur dalam kebanyakan ikan agar tidak mudah rosak dan kekal segar. Oleh itu kita semestinya berhati-hati memilih makanan kita.


Omega-3 dan OmegaGuard Shaklee?



Sumber OmegaGuard


OmegaGuard merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Ianya diekstrak dari ikan laut air sejuk seperti ikan parang (herring), ikan sardin, ikan bilis dan ikan kembung (mackerel) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari minyak hati ikan dan OmegaGuard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.


Kandungan Omega-3 dalam OmegaGuard


OmegaGuard mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan lain-lain. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.


Kaedah penghasilan OmegaGuard


OmegaGuard tidak dihasilkan seperti kebanyakan produk minyak ikan yang lain yang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mendapatkan minyak ikan. Kaedah ini bukan sahaja memusnahkan sesetengah nutrien malah ia tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

OmegaGuard menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Ia melalui proses penyulingan propretari tiga molekul untuk:



  • Mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi.
  • Menyingkirkan bahan-bahan merbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan polychloronated biphenyl (PCB).


Oleh itu, para ibu hamil dan menyusukan anak anda disarankan untuk mengambil supplement minyak ikan agar:


✔ Kesihatan anda berada di tahap optimum. 
✔ Ia juga sangat bagus utk perkembangan sel-sel saraf otak anak anda dan retina mata mereka. 

Pilihlah minyak ikan yang tertulen dan terbaik kerana diri anda sangat dihargai di seluruh dunia sebagai IBU YANG MELAHIRKAN GENERASI SETERUSNYA. Kesihatan anda menentukan kesihatan bayi anda. Pilihan di tangan anda.






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk sebarang pembelian dan pertanyaan:

Nur Nitrah Nor Safian
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru - Skudai
0129783453

Sumber: http://www.dhaomega3.org/Other-Health-Conditions/DHA-Levels-in-Breast-Milk-Worldwide, http://www.drhoffman.com/page.cfm/433, http://www.bestforbabes.org/science-you-can-use-how-much-dha-do-nursing-moms-need
Assalamualaikum.

Wah dah lama tak menulis kat sini. Lately asyik bz aje... Mula dari akhir Mei sampai la ni, sibuknya tak habis-habis. Tambahan pulak saya masih baru dalam bidang blogging ni. InshaAllah saya akan cuba sebaik mungkin untuk berkongsi apa sahaja yg saya tahu dengan anda.

Stay tuned!

^^