Friday 28 November 2014

Berlabuhlah Malam



Assalamualaikum!

Wah dah seminggu lebih saya tak berjumpa dengan anda semua. Atas sebab-sebab yang tak dapat saya elak.

Oklah.

Hari ni saya nak share dengan anda semua satu nasyid yang menjadi all time favourite saya sejak dari sekolah lagi. Hehee.. Saya suka mesej yang disampaikan. Sangat jelas. Bila saya rasa down, kadang saya teringat bait-bait lirik nasyid ni. Mengingatkan balik apa tujuan saya di dunia ni. Adakah semata-mata hidup kerana nak hidup? Atau kita hidup sebab nak menjadi hamba Allah yang sebenar-benar hamba? Nak menjadi hambaNya yang sebenar-benar hamba memang sukar kerana syurga itu mahal harganya. Tapi kita tetap kena teruskan untuk meraih redho Ilahi. Kita takda sesiapa dalam dunia dan akhirat, kita hanya ada Allah sahaja. Maka adakah wajar untuk kita terus tinggalkanNya?

Jom hayati nasyid dan liriknya. Semoga bermanfaat.

Jendela Hati

Album : Berlabuhnya Malam
Munsyid : Suara SMAKL
http://liriknasyid.com


Berlabuhlah malam
Pabilakan sampai waktunya
Fajar subuh mula menyeri
Sinar sang suria

Sudah sunnatullah
Mentari terbit diiring siang
Bintang berkerlipan
Menyinari keindahan malam

Perjuangan hidupku
Hanya memburu cita yang satu
Dan kebahagiaan
Akan kuburu walau di mana
Walaupun sengsara
Putus asa tiada sekali
Kerna ia adalah
Keredhaan dari Tuhanku

Jikalah Islam di puncak tinggi
Akan kuterus jua mendaki
Jika ia di hujung dunia
Kerna Islam kuterus berjuang

Solo : Idzhar
Lagu : Salleh
Lirik : Abu Dehya

No comments:

Post a Comment