Tuesday 11 November 2014

Adakah Otak Anak Anda Kelaparan?

Awal pagi ni, sebelum melelapkan mata saya sempat membaca kisah yang penuh inspirasi. Kisah yang disarankan oleh anak buah saya, Sharifah Nurashiqin Syed Yaziz ni benar-benar menyentuh hati keibuan saya.

"Is Your Child's Brain Starving?"


Piper yang istimewa

Apabila membaca tajuk ni, terjentik minda saya dan terus teringat kepada anak-anak saya. Adakah otak anak-anak saya "kelaparan?". Adakah cukup nutrisi yang saya sediakan buat mereka? Sebagaimana yang kita tahu, bukan sahaja perut dan fizikal sahaja yang perlu diberi makan. Bahkan otak juga memerlukan "makanannya". Sepertimana tubuh akan menjadi lesu akibat kekurangan zat, maka begitulah juga dengan otak.

Menurut Kristin Marr (ibu kepada kanak-kanak istimewa ini), apabila mengetahui bahawa dirinya hamil sudah tentulah tidak ada perasaan yang boleh digambarkan. Dan seperti ibu-ibu yang lain, dah tentu dalam fikiran kita akan memberikan yang terbaik sahaja kepada cahaya mata penyambung zuriat.

Kristin Marr telah membuat pilihan. Pilihan di mana beliau merasakan itu adalah yang terbaik buat anak di dalam kandungannya. Ia bermula dengan pemakanan.

Beliau yang sebelum ni makan mengikut Standard American Diet (makanan terproses dan makanan segera) telah mengambil langkah untuk kembali kepada real food. Corak pemakanan perlu diubah! Maka beliau mengambil keputusan untuk menyekat ke semua produk berasaskan haiwan. Hanya madu sahaja yg beliau terima. Hal ini menjadikan beliau seorang vegan tegar. Dah tentu waktu itu beliau hanya inginkan yang terbaik buat bayi.

Setelah melahirkan anak sulungnya, beliau tetap meneruskan corak pemakanan vegetarian. Begitu juga dengan anaknya - Piper. Hanya makan sayuran dan buahan sahaja. Tidak ada langsung sebarang produk berasaskan haiwan yang masuk ke dalam tubuhnya.

Suatu hari, Piper telah menginjak ke umur 1 tahun dan Kristin perasan yang rakan-rakan anaknya ada yang sudah mula bertutur. Namun Piper hanyalah mampu menyebut bunyi /mmm/ atau /bbb/. 

"Ah, mungkin Piper memang jenis lambat bercakap". Pujuk hatinya.

Masuk usia 2 tahun, Piper masih begitu. Sedangkan rakan-rakannya sudah semakin maju dalam pertuturan. "Ya, anak aku memang lambat bercakap".

Keinginannya untuk berkomunikasi dengan Piper semakin membuak-buak. Namun hal itu tidak berlaku.

Menginjak ke usia 2 tahun setengah, Kristin telah membawa Piper berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Doktor telah membuat pemeriksaan ke atas Piper dan menyarankan agar merujuk kes ini kepada pakar ENT kerana telinga sudah pun terkena infeksi. Infeksi ni menyebabkan terdapat cecair yang bertakung di dalam telinganya menyebabkan Piper tidak dapat mendengar. Pakar ENT telah menyarankan supaya tiub teilnga digunakan agi menyelesaikan masalah ini.

Harapan Kristin untuk berkomunikasi dengan anaknya musnah apabila keadaan Piper masih sama.

Kes ini telah dirujuk kepada speech pathologist dan Piper disahkan mengalami Apraxia.

"Apraxia of speech, Apraxia of speech, also known as verbal apraxia or dyspraxia, is a speech disorder in which a person has trouble saying what he or she wants to say correctly and consistently. The disorder may result from a stroke, head injury, tumor, or other illness affecting the brain."

Hancur hati seorang ibu apabila mengetahui keadaan ini berlaku ke atas anaknya.

Rakan-rakannya ada menyarankan supaya Piper dibawa berjumpa dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan. Kristin merasakan itu perkara yang mengarut! Mengapa pulak anak sekecil tu perlukan nasihat dalam pemakanannya? Namun Kristin tetap teruskan juga.

Dalam pertemuan pertama mereka, pakar nutrisi bertanyakan jumlah pengambilan LEMAK dalam pemakanan seharian Piper. TIADA, kerana Piper juga seorang vegan.

Keadaan ni mendapat reaksi yang kurang baik dari pakar pemakanan lalu disarankan agar Piper diberikan asid lemak omega 3 (minyak ikan) dan vitamin D serta ditingkatkan pengambilan lemak dalam dietnya.

Apraxia dikatakan berlakukanya neurological disconnect antara otak dan mulut, maka pakar nutrisi sangat yakin bahawa pengambilan asid lemak omega 3 dan lemak lain boleh membantu.

Melalui kajian hasil daripada pembacaan Kristin, beliau baru tersedar bahawa:

"Otak anaknya sedang kebuluran".

Ya, tidak dapat zat yang sepatutnya. Dan otaknya laparkan lemak! Bayangkan seorang kanak-kanak yang langsung tidak ada sumber lemak dalam pemakanannya sejak dari dalam perut ibu.

"Recently it has been discovered that the Omega-3 fats are necessary for the complete development of the human brain during pregnancy and the first two years of life. The Omega-3 fat and its derivative, DHA (docosahexaenoic acid), is so essential to a child’s development that if a mother and infant are deficient in it, the child’s nervous system and immune system may never fully develop, and it can cause a lifetime of unexplained emotional, learning, and immune system disorders."

Untuk pengetahuan, otak manusia terdiri daripada hampir 60% lemak. Kanak-kanak berusia 2 tahun yang pertama inilah otak mereka memerlukan 3 kali ganda makanan yang menyihatkan dan yang utamanya ialah lemak yang baik seperti asid lemak omega 3.


DHA SANGAT penting untuk perkembangan otak terutama anak-anak kita

Hampir 50% lemak dari makanan anak-anak digunakan untuk perkembangan otak mereka. Ini adalah masa yang sangat penting! Tanpa lemak yang baik, neurotransmitter di dalam otak tidak dapat menjalankan tugasnya iaitu menghantar maklumat. Dan ia boleh terputus (disconnect), apa terputus maka ia akan memberi kesan terhadap emosi, tingkah laku, pembelajaran dan bahasa. Lemak yang baik sangat-sangat penting bagi ibu yang sedang hamil dan kanak-kanak.

Berbalik kepada kisah Piper tadi, akhirnya selepas 9 bulan mengikuti diet yang sihat, paling memberi kesan ialah pengambilan asid lemak omega 3, real food (tiada fast food, junk food, processed food) Piper sudah mula bertutur pada usia 3 tahun setengah. Semakin hari semakin baik pertuturannya. Alhamdulillah...

Kesimpulannya, asid lemak omega 3 sangat penting sejak dari waktu kehamilan lagi. Ianya berterusan sehinggalah kanak-kanak itu membesar kerana waktu itulah tempoh paling penting sekali dan memerlukan lemak yang baik untuk membantu perkembangan otak mereka. Bagi saya, sehingga kita lanjut usia, minyak ikan tetap penting  kerana ini adalah makanan otak, otak yang tidak sihat boleh mengakibatkan otak mengecut dan berlakunya alzheimer dan dementia (nyanyuk).

Usah berkira untuk berikan anak anda asid lemak omega 3 terbaik kerana mereka layak mendapatkannya, mereka adalah zuriat anda, anugerah terbaik buat anda.

Sayangi anak anda, berikan mereka makanan terbaik buat otak mereka.

Salam hormat dari saya,


Nur Nitrah Nor Safian
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru - Skudai
0129783453

No comments:

Post a Comment