Sunday 2 November 2014

Omega-3 dan Perkembangan Mental Anak-anak

Ibu bapa sudah semestinya inginkan anak mereka mencapai tahap perkembangan mental yang baik dan sempurna. Hal ini dapat dilihat dari permulaan awal kehamilan lagi. Ibu yang hamil sudah mula menitikberatkan pengambilan vitamin-vitamin demi kesihatan diri ibu dan juga kesihatan fetus. Tidak kurang juga ada yang mengambil pelbagai tambahan asid lemak Omega-3 seperti yang dicampur dalam susu formula khas buat ibu hamil ataupun kapsul minyak ikan demi untuk merangsang sel-sel saraf otak kerana ianya berkembang dengan begitu pesat sekali semasa kehamilan terutamanya pada trimester terakhir. Saat tempoh penyusuan, pemberian asid lemak ini diteruskan melalui susu ibu dan dari sumber-sumber lain.

Namun begitu, apakah benar asid lemak dalam minyak ikan boleh membantu merangsang perkembangan otak dan kognitif anak-anak kita?


Sebelum itu, mari kita lihat sekilas apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran kognitif. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, menkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

Terdapat banyak kajian telah dijalankan ke atas sekumpulan kanak-kanak bagi melihat keberkesanan Omega-3 terhadap perkembangan otak dan kebolehan kognitif mereka.Kanak-kanak ini diberi supplement minyak ikan secara konsisten selama 6 bulan. Rata-rata dapatan kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan asid lemak Omega-3 (EPA & DHA) sememangnya memberi kesan terhadap:


 Peningkatan fokus dan konsentrasi dalam pelajaran.
 Peningkatan dalam kemahiran membaca, mengeja dan kelakuan yang semakin baik (contoh: kurang aggresif dan sebagainya).
 Peningkatan terhadap ingatan/memori/hafazan.
 Merangsang minat terhadap sesuatu subjek yang sebelum ini tidak digemari
 Pengurangan depressi dan kebimbangan (anxiety) terhadap sesuatu (contoh: kebimbangan terhadap peperiksaan).



Bagaimana? Anak anda mengalami masalah seperti HILANG FOKUS DAN TUMPUAN? AGGRESIF? SUKAR MEMBACA, MENGEJA? SUKAR MENGINGAT? TIDAK MINAT TERHADAP PELAJARAN? TERTEKAN DAN BIMBANG?

Oleh itu wahai para ibu bapa yang mulia, adalah sangat berbaloi untuk berikan kepada mereka asid lemak yang unik ini kerana mereka adalah penerus warisan anda dan peneraju masa hadapan. Dan sudah semestinya, berikanlah mereka Omega-3 yang terbaik dan tertulen di dunia - OmegaGuard (dilengkapi dengan spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi).

Anda juga boleh mengambilnya jika mempunyai masalah yang sama seperti di atas. InshaAllah kita hanya berusaha, segalanya berlaku dengan kehendak Allah Ta'ala jua.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya untuk sebarang pembelian dan pertanyaan:

Nur Nitrah Nor Safian
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru - Skudai
0129783453

No comments:

Post a Comment