Monday 4 August 2014

Mengapa Saya Pilih Shaklee? [ Episod 2 ]

Assalamualaikum.

Semalam saya dah berkongsi sikit dengan anda mengapa saya pilih Shaklee? 


Baiklah...


Setelah Allah limpahkan kesedaran dalam hati saya bahawa saya perlu ubah kehidupan saya dari seorang surirumah tidak berpendapatan kepada surirumah berpendapatan, kalau boleh nak la berpendapatan tinggi. Hehee... Sapa yg tak nak kan? Dengan duit yg lebih tu macam-macam boleh kita plan untuk keluarga. Saya mencari2 peluang tersebut. Saya pernah ada kedai maya ~ NourStore. Masa tu saya jadi agen dropshipping aje. Kita hanya dapat bonus berdasarkan komisen. Di NourStore, saya suka dan akan jual apa yg saya suka guna, pakai dan makan. Bermula dengan cloth diapers, jubah, seluar palazzo, alatan dapur, mainan kanak-kanak sehingga lah tepung-tepung segera seperti cheezy power, kek segera dan lain-lain. 


Kerja menjadi agen memang mudah. Segala gambar dan description tak perlu lagi diolah sendiri. Kebiasaannya supplier dah sediakan semua. Kerja agen hanyalah promosi barang-barang tersebut. Saya pernah ambil komisyen hanya RM1 sahaja untuk 1 barang. Sebab apa? Sebab saya tak nak harga yg saya jual jauh beza dengan supplier dan kalau boleh nak beri harga murah pada kawan-kawan sebab saya pun sangat sukakan barang tersebut.


Saya pernah terfikir... Menjadi agen dropship memang mudah, bagus jika ingin mencari ilmu dan pengalaman dalam bisnes online. Disebabkan kerja yg mudah tu, maka berbaloilah dengan komisyen yg kita dapat. Saya rasa saya nak sangat bisnes yg boleh saya jalankan dari rumah juga tapi mampu memberi saya pendapatan tetap secara bulanan.


Allah Maha Mengetahui telah lorongkan saya ke jalan Shaklee. Perkenalan saya dengan Shaklee bermula apabila saya ingin mencari supplement kalsium. Masa tu saya masih menyusukan anak kedua saya dan selalu rasa sakit-sakit badan serta kaki bila bangkit dari tidur. Allah takdirkan saya bertemu dengan Ani Ahmad yg jauh nun di Paka sedangkan saya di JB. Hehee...


Saya berpuas hati dengan produk tersebut dan saya cuba tambah produk lain iaitu ESP. Masa tu saya masih tak tahu yg Shaklee ni adalah multi level marketing. Sebab produknya memang bagus. Malah dari zaman universiti lagi saya dah tahu ianya bagus cuma masa tu tak terbuka hati nak mencuba. 


Saya masih belum terbuka hati nak join ahli Shaklee tapi saya rajin mengikuti perkembangan Ani samada dalam FB atau secara realiti. 

Melihat kepada adanya perubahan dan perkembangan hidupnya, membuatkan saya hairan dan pelik... Bagaimana dia boleh berubah sebeginu? Tapi perubahan tu bukanlah drastik ya. Saya mengikuti perkembangan beliau berbulan-bulan, hampir-hampr setahun. Dalam tempoh tu saya sendiri menyaksikan perubahan  tu sedikit demi sedikit. Menyebabkan saya terfikir dan terdetik macamana semua ni berlaku melalui Shaklee?

Tanggal 6 November 2012, saya bulatkan nekad tetapkan hati tinggikan niat untuk mengubah kehidupan saya bersama Ani melalui Shaklee. Alhamdulillah suamilah pendorong utama saya. Saya masih memegang prinsip jual apa yg "kita suka guna, pakai dan makan"  ke dalam Shaklee. 

Saya melihat buat bisnes Shaklee ni memang mudah jika anda tahu caranya. Kenapa?Pada permulaan, saya hanya:

• Promosi produk yg memang saya consume dan suka. 

• Saya juga tak diminta utk mengeluarkan modal beribu-ribu ringgit bagi memulakan bisnes ni. Modal saya hanyalah RM75 iaitu yuran keahlian. Disebabkan saya memang consume Shaklee, maka saya hanyalah membeli supplement utk diri sendiri bukannya utk dijual.

Alhamdulillah saya berjaya mendapat RM200+ sebagai bonus pertama saya. Teruja! Tak sangka saya boleh dapat bonus sebanyak tu! Yalah, saya kan hanya surirumah yg memang tiada pendapatan, jumlah wang sebanyak tu ibarat dapat RM2000. Hehee... Syukur... Suami pun tumpang gembira. Dia beritahu saya yg dia yakin dgn Shaklee kerana tak susah nak dapat bonus. Yg penting kita:

• Rajin
• Konsisten
• Tahu apa yg kita nak
• Tahu apa yg kita buat

Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah lorongkan saya jalan ni. Kini saya dapat membantu tingkatkan taraf ekonomi keluarga. Saya bukan lagi surirumah tanpa pendapatan tapi  WAHM (Working At Home Mother). 

Saya juga bersyukur kerana semakin ramai anak-anak buah Shaklee saya yg berjaya mendapat income bulanan melalui Shaklee. InshaAllah saya akan teruskan jalan ni kerana saya ingin membantu lebih ramaiiii lagi orang di luar sana yg ingin mengubah dan mengembangkan taraf kehidupan ekonomi dalam zaman yg serba mencabar dan kos yg saban hari meningkat.

Mohon doakan saya agar saya dapat membantu anda pula mengubah kehidupan anda.

Nur Nitrah
Shaklee Independent Distributor (889335)
Johor Bahru





No comments:

Post a Comment