Sunday 3 August 2014

Mengapa Saya Pilih Shaklee? [ Episod 1 ]

Malam tadi saya berborak santai dengan salah seorang anak buah Shaklee saya. Topik yg kami pilih ialah ~ mengapa pilih Shaklee sebagai landasan bisnes?

Saya yakin, sebab yg beliau berikan kepada saya tu, bukan dia seorang sahaja yg alami bahkan orang lain juga.


Salah satu faktornya ialah ~ gaji tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan yg semakin meningkat setiap hari. Walaupun suami isteri bekerja, sehinggakan sudah puas 'berpuasa' dari pelbagai kehendak (katanya dah macam jadi kedekut pula), gaji masih tidak mencukupi.


Ya, kita tak boleh lari dari realiti sekarang. Gaji yang kita dapat hanyalah cukup-cukup untuk

membayar segala hutang, bil-bil dan belanja harian, itu pun belanjanya tak dapat sampai ke hari gaji berikutnya. Jika orang berkahwin dan duduk di JB ni dgn gaji RM2000 sudah dikira susah. Sekolah anak lagi, belanja untuk makan seharian, minyak kereta dan tol, nak beri wang kepada ibu ayah pun kadang-kadang kita tangguh dulu ke bulan depan. Kadang-kadang tangguhnya dah macam keretapi, bersambung-sambung.

Saya sendiri? Selepas kahwin saya tak bekerja. Kali terakhir saya bekerja di KL ialah pada tahun 2007. Masa bujang tu pun kita dah rasai peritnya. Inikan pula mereka yg berkeluarga dan sudah berada dalam tahun 2014. Kos kehidupan bukannya semakin berkurangan kan? Semakin melambung-lambung tinggi.


Sebelum saya serius dalam bisnes Shaklee, saya juga rasai kesusahan hidup sebagai orang yg tidak vekerja. 100% mengharapkan duit pemberian suami. 100% ditanggung oleh suami. Di pihak suami pulak, dia bukan sekadar menanggung keluarga kami bahkan dia turut menanggung ibu bapanya. Disebabkan bapanya tidak sihat maka mereka hanyalah bergantung pada pencen yang tak seberapa. Saya bersyukur kerana suami saya bertanggungjawab terhadap orang tuanya walaupun sudah punyai keluarga sendiri.


Sepanjang tempoh saya tidak ada pendapatan, saya juga banyak berpuasa daripada membeli kehendak saya. Keperluan anak-anak lebih diutamakan. Baju dan tudung saya jarang dibeli baru, kebanyakannya tudung dan baju tu dari zaman saya belajar lagi. Ada yg dah berusia 12 tahun! Disebabkan masih elok untuk dipakai, maka saya ambil keputusan untuk gunakan dulu dan duit yg ada digunakan untuk keperluan anak-anak. Bukan suami tak belikan tapi kita sebagai ibu yg tak bekerja, perasaan kasihan kepada anak tu lebih. Biar anak berbaju elok, ummi pakai baju lama yg masih elok pun takpa...


Sehinggalah saya rasa saya PERLU bantu suami dari sudut kewangan. Saya rasa saya perlu keluar dari kepompong surirumah yg tidak berpendapatan kepada WAHM - Working At Home Mother. Saya perlu buat sesuatu untuk keluarga, tak boleh lagi mengharapkan suami seorang kerana saya memahami tanggungjawab yg dipikulnya tu bukanlah ringan. Kita aje yg tahu bagaimana keadaan keluarga kita... Betul?


Dari situlah saya berkenalan dengan Shaklee...


Ok lah... Dah panjang ni. Nanti kita sambung kemudian ya. Hehee...


Stay tuned!



Nur Nitrah
Shaklee Independent Distributor (889335)
Johor Bahru

No comments:

Post a Comment