Wednesday 6 August 2014

Bekerja ~ Berkejar Jaya, Jangan Sampai Tidak Bermaya.

Hari ni saya agak sibuk, pagi tadi sakit pulak perut ni. Mungkin kes makan sambal tempoyak sodap kot... Makan tak beringat! Hihii... Selepas dah lega sakit perut tu, saya pun ready masuk ofis. Ceewahh... SOHO saya la... Kemas sikit SOHO dan mula packing barang-barang untuk dipos.

Alhamdulillah posmen poslaju boleh datang pick up barang ke rumah saya, dah tak perlu lagi beratur kat pejabat poslaju. Tapi kena guna prepaid poslaju la.. Kalau tak, tetap kena pegi ke poslaju utk timbang. Kecuali jika anda memang ada akaun di poslaju. Setiap kali posmen poslaju datang pick up barang, cas hanya dikenakan sebanyak RM5. Murah kan?

Yalah, kalau tidak saya kena pegi ke pusat poslaju. Jarak dari rumah saya hampir 20 min. Selalu berlaku, bila saya sampai ke sana anak-anak saya dah tertidur sebab baru balik sekolah. Bila dah tidur, memang terhad betul kita nak pegi pos barang. Kadang dengan parking penuh... Pernah saya minta tolong dari polis bantuan di sana supaya jagakan anak-anak saya dari luar kereta sebab saya perlu poskan barang. Pernah juga, bila anak-anak tidur parking pulak takda..dan saya pun terpaksa patah balik ke rumah. Jawabnya besok la baru dapat pos.

Selesai kerja di rumah, saya perlu selesaikan hal kereta pulak. 1st time nak ganti cermin kereta guna claim insuran. Sampai je di kedai, orang kedai beritahu yg dokumen saya tak lengkap. Apa lagi... Balik saje la... Tapi takpa, tak sia-sia pun saya ke sana. Dapat juga ilmu macamana nak claim insuran dgn jayanya. Heheee...

Lepas tu saya pergi ke kedai tayar. Perlu buat alignment dan balancing tayar. Bila uruskan semua ni dgn anak-anak kecil, memang sangat mencabar. Umi hampir-hampir jadi naga. Hehee... Kedainya tepi jalan, kita risau dgn anak-anak yg aktif ni. Prinsip saya, biar la saya jadi naga sblm jadi apa-apa yg buruk kat anak-anak saya. Masa tu nangis pun tak berguna dah kan?

Semasa di kedai tayar tu, saya rasa kurang selesa. Pada mulanya saya tak perasan apa punca saya merasa begitu. Bila saya lihat awan, barulah saya perasan yg berlaku pencemaran udara kat kawasan situ. Memang dah macam jerebu! Bau asapnya, bangunan jauh pun nampak kelabu. Saya terfikir... Bagaimana orang boleh bekerja setiap hari menghadap keadaan udara macam tu? Radikal bebas tak usah bilanglah... Confirm ada. 

Radikal bebas ni memang bahaya ke atas tubuh kita. Boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, serangan jantung dan sebagainya. Terbayang-bayang bagaimana la mereka hadapi semua ni dengan cekal? Dah tentu sebab bak mencari rezeki kan... Tapi saya kasihan melihat tubuh yg terdedah kepada pencemaran tu. Kita bekerja tapi kesihatan tetap utama kan? Owh saya tak condemn mereka cuma saya cuba meletakkan diri di tempat mereka dan saya tak sanggup! Tadi pun saya rasa nak sesak nafas dah sebab udaranya memang tak bersih.

Bekerjalah sekuat mana pun, walau bagaimana cara sekali pun tapi kesihatan tetap kena jaga ya. Air masak minum sekurang-kurangnya 2 liter. Bukanlah perlu minum sekaligus 2 liter tu tapi suwaiya-suwaiya *bak kata orang arab Mesir*. Hehee... Jika dapat, ambillah supplement yg tinggi antioksida seperti vitamin A, C, E. Vitamin-vitamin ni inshaAllah boleh membantu menyingkirkan radikal bebas tadi dari tubuh kita. Barulah tubuh kita akak sihat nanti. Nak bekerja pun sure seronok dan cergas. Saya sendiri memang amalkan vitamin-vitamin ni seperti Carotomax Shaklee yg mengandungi vitamin A, Sustained Release Vita-C Plus, CoQ Health Plus yg turut mengandungi vitamin E di samping bagus untuk kesihatan jantung dan VIVIX si raja awet muda. Alhamdulillah Allah izinkan Shaklee membantu saya menjadi cergas setiap hari dan sebagai usaha saya untuk menjaga kesihatan diri. Maklumlah dah 3 series ni, kesihatan memang perlu dititikberatkan. 

Ya Allah, berkatilah kami dalam usaha mencari rezeki yg halal di bumiMu... Aamiinn...

Nur Nitrah (889335)
Shaklee Independent Distributor
Johor Bahru

No comments:

Post a Comment